Sunday, November 15, 2009


Inilah anak Orkid Merpati yang saya dapat dari seorang sahabat yang sangat baik hati memberinya kepada saya awal bulan November tahun ni. Alhamdulillah, kini nampaknya kian segar di dalam pasu gantung saya. Harap-harap kedua-duanya akan bertambah segar dan subur serta berbunga suatu hari nanti. Tidak sabar saya menanti saat itu...


Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat saya itu kerana sudi memberikan saya anak Orkid Merpati.   


Saturday, November 14, 2009



Hanya berbunga satu pasu setangkai bunga... tapi kini hanya tinggal pokoknya sahaja. 

Friday, November 13, 2009


Yang ini pun sama, tapi maaflah gambarnya kurang terang.

Ini adalah salah satu jenis Orkid yg ada dalam koleksi tanaman saya. Yang ini saya beli dari Taman Orkid Negara. Warnanya yang terang membuatkan saya tertarik walaupun ia orkid biasa...

Selamat Berkunjung Ke Blog Susy Kamil

Alhamdulillah..., akhirnmya dapat juga membuat blog ni dengan bantuan seorang kawan yang sangat baik hati membantu saya sampai berjaya.

Saya adalah Peminat Orkid yang baru dalam blog ni. Teruja dengan blog-blog Peminat Orkid yang lain, membuatkan saya pun ingin turut serta untuk berkongsi cerita dan juga gambar2 bunga orkid saya nanti.