Inilah anak Orkid Merpati yang saya dapat dari seorang sahabat yang sangat baik hati memberinya kepada saya awal bulan November tahun ni. Alhamdulillah, kini nampaknya kian segar di dalam pasu gantung saya. Harap-harap kedua-duanya akan bertambah segar dan subur serta berbunga suatu hari nanti. Tidak sabar saya menanti saat itu...
Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat saya itu kerana sudi memberikan saya anak Orkid Merpati.