Sunday, November 15, 2009


Inilah anak Orkid Merpati yang saya dapat dari seorang sahabat yang sangat baik hati memberinya kepada saya awal bulan November tahun ni. Alhamdulillah, kini nampaknya kian segar di dalam pasu gantung saya. Harap-harap kedua-duanya akan bertambah segar dan subur serta berbunga suatu hari nanti. Tidak sabar saya menanti saat itu...


Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat saya itu kerana sudi memberikan saya anak Orkid Merpati.   


1 comment:

  1. Assalamu'alaikum,

    Semoga orkid merpati Cik Puan akan tumbuh panjang berjela-jela dan dipenuhi daun-daun yang hijau dan bedekatan setiap daun tumbuhlah tangkai dan pada setiap tangkai itu tumbuh pula bunga orkid merpati.

    Maka apabila bunganya berkembang, akan kelihatan memutih melitupi pasu dan akan takjub dan hairanlah sekelian orang, rakan dan jiran yang melihatnya.

    Semoga akan gembiralah hati Cik Puan menikmati bunga orkid merpati yang putih bersih dan harum semerbak itu.

    Aduhai, orkid merpati...

    ReplyDelete